Thursday, 24 December 2015

Jangan sombong dengan rezeki yg Allah kurniakan..

Setiap manusia rezeki tidak sama..ada yg dapat keje awal,ada yg dapat jodoh awal,ada yg dikurniakan zuriat awal,ada yg dapat peluang sambung belajar tinggi,ada yg murah rezeki,sentiasa untung,cukup semua keperluan dan mcm2 lagi yg Allah bagi..

Tapi jangan sombong,sebab itu semua hanya pinjaman dan pemilik sebenar adalah Allah swt. 

Kau ada apa yg aku xde,aku ada apa yg kau xde. Setiap org ada bahagian dia masing2. Jangan "sengaja" tanya soalan yg menjadi rahsia Allah. Kerana ia mungkin akan menggores perasaan org yg sedang bersabar dgn ujian Allah,yg redha dgn ketentuan Allah.

Wednesday, 23 December 2015

Salam Maulidur Rasul

Bismillahirahmanirahim..
 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ          

Allahumma salli 'ala muhammadin wa 'ala ali muhammad. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya .

Tuesday, 22 December 2015

Nilai guna mata dan hati,bukan guna mata dan emosi

Sebelum kita hukum seseorang.
kita dalami dulu hati mereka.

Sebelum kita nilai seseorang kita dekati dulu kehidupan mereka.
Dari situ kau akan tahu kenapa mereka jadi begitu. Kadang mereka jadi seperti itu kerana.....

kurangnya kasih sayang keluarga. dipulaukan kawan. dibuli rakan rakan. dipijak dan orang ramai tidak memberi mereka peluang untuk buktikan.

Yang kadang mereka tidak seperti yang kita sangka. Diluar kita nampak mereka nakal,sosial,bila kita dekati rupanya hati mereka baik,penuh kelembutan,mereka seperti dahaga kasih sayang dan keadilan jadi,jika jumpa orang yang membuat kita rasa dia seolah 'sesuatu buruk' buat kita, fikir lagi. lagi dan lagi. 

Sebenarnya dalam hati, mereka nak perhatian dan jagaan kita untuk bantu mereka berubah. sebenar, disebabkan pandangan manusia yang tidak adil dalam memberi mereka peluang seolah tertutup rapat ruang untuk berubah. itu yang menjadikan mereka seperti nampak 'sesuatu buruk' pada kita. sedang tidak semua tu.


Nilai guna mata dan hati.

bukan nilai guna mata dan emosi.

@usrahsantai

Wednesday, 2 December 2015

Maksud Istidraj

#sharing #muhasabahdiri #ilmu #istidraj

Rasullulah s. a. w. bersabda : ”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! 
Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.