Monday 18 January 2016

Braces...kadang mcm menyesal pun ada hahaha 😆😆

Arini dah masuk 2bulan pakai braces..baru pasang belah atas jer. Yg bawah tunggu next month baru pasang. Yg sadis nya adoiiiii ngilu denyut rasa gigi mcm rapuh mcm nk tercabut.. 

Arrrrgh!!! aku rasa mcm nk ketuk jer pakai hamer biar semua berderai...hahaha.. Padan muka aku! 😆😆😆 tak boleh tido oiiii.. Pagi tadi lepas check up xde rasa apa pun. Dah tghari baru dia mula terasa..ermm.. Hadab je lerrr nk santekkk punya pasal!

Bila time makan pun dah tak berselera sangat..kunyah makanan semua tak rasa apa dah.. 😫😫😫 Tapi elok juga cepat sikit aku kuruss hehehe..

Thursday 24 December 2015

Jangan sombong dengan rezeki yg Allah kurniakan..

Setiap manusia rezeki tidak sama..ada yg dapat keje awal,ada yg dapat jodoh awal,ada yg dikurniakan zuriat awal,ada yg dapat peluang sambung belajar tinggi,ada yg murah rezeki,sentiasa untung,cukup semua keperluan dan mcm2 lagi yg Allah bagi..

Tapi jangan sombong,sebab itu semua hanya pinjaman dan pemilik sebenar adalah Allah swt. 

Kau ada apa yg aku xde,aku ada apa yg kau xde. Setiap org ada bahagian dia masing2. Jangan "sengaja" tanya soalan yg menjadi rahsia Allah. Kerana ia mungkin akan menggores perasaan org yg sedang bersabar dgn ujian Allah,yg redha dgn ketentuan Allah.

Wednesday 23 December 2015

Salam Maulidur Rasul

Bismillahirahmanirahim..
 
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ          

Allahumma salli 'ala muhammadin wa 'ala ali muhammad. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya .

Tuesday 22 December 2015

Nilai guna mata dan hati,bukan guna mata dan emosi

Sebelum kita hukum seseorang.
kita dalami dulu hati mereka.

Sebelum kita nilai seseorang kita dekati dulu kehidupan mereka.
Dari situ kau akan tahu kenapa mereka jadi begitu. Kadang mereka jadi seperti itu kerana.....

kurangnya kasih sayang keluarga. dipulaukan kawan. dibuli rakan rakan. dipijak dan orang ramai tidak memberi mereka peluang untuk buktikan.

Yang kadang mereka tidak seperti yang kita sangka. Diluar kita nampak mereka nakal,sosial,bila kita dekati rupanya hati mereka baik,penuh kelembutan,mereka seperti dahaga kasih sayang dan keadilan jadi,jika jumpa orang yang membuat kita rasa dia seolah 'sesuatu buruk' buat kita, fikir lagi. lagi dan lagi. 

Sebenarnya dalam hati, mereka nak perhatian dan jagaan kita untuk bantu mereka berubah. sebenar, disebabkan pandangan manusia yang tidak adil dalam memberi mereka peluang seolah tertutup rapat ruang untuk berubah. itu yang menjadikan mereka seperti nampak 'sesuatu buruk' pada kita. sedang tidak semua tu.


Nilai guna mata dan hati.

bukan nilai guna mata dan emosi.

@usrahsantai

Wednesday 2 December 2015

Maksud Istidraj

#sharing #muhasabahdiri #ilmu #istidraj

Rasullulah s. a. w. bersabda : ”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! 
Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Wednesday 25 November 2015

Kalau awk jaga sy elok-elok,sy akan jaga awk elok-elok #tuananasmikael

As'salam... Haaa entry kali ni pasal drama melayu yg tengah meletop skrg ni..  Aku yg tak berapa minat tengok tv dan tengok drama melayu pun boleh tersuka tengok hehehe.. Citer apa tu?? Tuan anas mikael ☺️☺️ siapa tengok?? Kita geng!! Hehe.. Malam ni jgn lupa standby popcorn sbb akan bersiaran selama 2 jam uolss special sikit malam ni tak tau la pasai apa naaa......

Kat sini aku nak bagi sinopsis dari novel citer #tuananasmikael.. Rajin2 kan lah diri membaca ea..yg mana malas tu korang boleh follow up citer tu sampai habis kihkihkih...

Cik Ayu Maisara, seorang graduan akaun dari UiTM menerima tawaran Tuan Anas Mikael menjadi tukang cuci selepas diugut oleh Tuan Anas. Kisah mereka bermula bila Ayu menggantikan tempat Cik Su, ibunya untuk melakukan tugasan mengemas di rumah Tuan Anas. Cik Su telah memberitahu detail tentang tugasan yang perlu disempurnakan yang menyebabkan Ayu menyangka Tuan Anas ni cerewet orangnya. Bila Ayu menggantikan tugas mak dia, Ayu tersalah mop tangga sehinggalah menyebabkan Tuan Anas tergelincir jatuh.
Lepas terima tawaran Tuan Anas, kerja-kerja Ayu bukan setakat mengemas rumah je, Tuan Anas meminta belajar memasak kesukaannya, memandu kereta dan dibawa ke pejabat dengan alasan mahu menjadi seorang yang sempurna di mata Tuan Anas. Bila di tanya kenapa, Tuan Anas kata dia mempersiapkan Ayu untuk menjadi project manager di sebuah hotel Tuan Anas di Krabi.
Dalam masa yang singkat, Ayu berjaya menuruti kehendak Tuan Anas. Belajar segala-galanya tentang dapur dan pejabat. Yang penting pada Ayu, kena ada keyakinan. Tuan Anas kata, kalau Ayu jaga dia elok-elok... dia pun akan jaga Ayu elok-elok. Itulah password mereka .
Bila projek di Krabi berjalan, Ayu dihantar sebagai projek manager di sana. Tugasan sebagai Projek manager tu sepatutnya disandang oleh Safra Ariana. Safra tidak berpuas hati dengan tindakan Tuan Anas. Sikap Safra yang tak menunjukkan dia berminat untuk bekerja dan memilih Ayu sebagai Projek manager. Tuan Anas sebenarnya akan dijodohkan dengan Safra, cucu Tun Akhiruddin yang juga bisnes partner Tuan Anas .
Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu umpama tarik tali. Cik Su pernah berpesan agar jangan jatuh cinta pada Tuan Anas agar peristiwa lama tidak berulang ( percintaan mak dan ayahnya dulu ) . Tapi Ayu hanya setuju untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas depan mak Tuan Anas sebab Tuan Anas nak mengelak daripada berkahwin dengan Safra. Bila tiba masa untuk memperkenalkan Ayu sebagai girlfriend, lain pula yang jadi bila Tuan Anas memperkenalkan Raisya Putri ( Peguam Syarikat ) sebagai girlfriendnya.
Ayu Maisarah Ayman, anak kepada Maisurah dan Ayman Akhiruddin. Perkahwinan Ayman dengan Maisurah ditentang sehinggalah dia kahwin lari dengan Maisurah dan tinggalkan keluarga dan harta yang menimbun. Siapa sangka, pertemuan dia dengan Tuan Anas membongkar misteri keluarga ayahnya sendiri. Ayman merupakan anak kepada Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra pula cucu angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina. Safra ni, anak kepada Dato Azhar, anak angkat Tun Akhiruddin dan juga merupakan adik beradik angkat kepada Ayman, ayah Ayu.
Ayah Ayu dah meninggal dibunuh perompak. Itu kata surat khabar. Tetapi hakikatnya, Dato Azhar yang bunuh kerana rasa cemburu yang melampau. Pada Dato Azhar , Dia hanya akan dijadikan pilihan kedua bila Ayman tidak mahu. Dato Azhar juga dipaksa berkahwin dengan ibu Safra bila Ayman menolak keras pilihan keluarganya sedangkan waktu itu Dato Azhar sudah mempunyai pilihan lain. Tak angin tak ada ribut Tuan Anas bersetuju untuk berkahwin dengan Safra. Ayu yang cuba menggagalkan perkahwinan Tuan Anas dengan Safra dan merancang sesuatu tetapi dihalang oleh Tuan Anas. Tuan Anas juga tahu jika Ayu mengaku yang Ayu adalah cucu tunggal Tun Amina dan Tun Akhiruddin nyawa Ayu dalam bahaya. Ini kerana Dato Azhar akan melenyapkan semua waris Ayman .
Kedegilan Ayu menonjolkan diri di depan Tun Amina sebenarnya merosakkan plan Tuan Anas. Dato Azhar terkejut bila Ayu Maisarah berani menonjolkan diri. Dato Azhar terus memaksa agar Ayu menyerahkan Yayasan Ayman pada Dato Azhar. Ayu akan menyerahkan Yayasan pada Dato Azhar tetapi bersyarat. Batalkan perkahwinan Tuan Anas dan Safra. Dato Azhar berpura-pura setuju dalam masa yang sama Ayu dicolek dan akan dibunuh bersama Cik Su dan Tun Amina.
Dengan Bantuan Tuan Anas Ayu , Cik Su dan Tun Amina selamat tetapi Dato Azhar ditembak mati. Sejak Ayu menonjolkan diri sebagai cucu Tun Amina . Tanpa sedar Tuan Anas selalu mengikut gerak geri Ayu kerana risaukan akan keselamatannya. Selepas kematian Dato Azhar hidup Ayu dan Cik su berubah. Mereka tidak lagi menyewa rumah malah mereka tinggal dirumah Agam milik Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra dihukum penjara kerana cubaan membunuh Tuan Anas. Tuan Anas menghilangkan diri tanpa berita. Hinggalah suatu hari Tun Amina merancang sesuatu mereka diketemukan kembali. Sebenarnya mummy Tuan Anas tak kisah siapa bakal menantunya yang penting kebahagiaan Tuan Anas. Mummy Tuan Anas memilih Safra sebagai menantu kerana ingin membalas budi Tun Akhiruddin pada keluarganya. Ayu gembira bila Tuan Anas Mikael kembali padanya setelah lama menghilang.

Dah habis baca??? mesti lega kan sbb dah tau jalan cerita dia!! hahaha..ok lah tak sabar nk tunggu pukul 10. byeeeee....


Tuesday 24 November 2015

Dunia oh dunia..

Ketahuilah,bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan,perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak,seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering,dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur;

Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat),dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."

- Surah Al-hadid ayat 20